Tuesday, 23 September 2008

Cheese Cake


8 ozs Ideal Milk(1 cup)
4 ozs Castor sugar
4 ozs Philadephia Cream Cheese
1 packet gelatine ( remember!! 3 tsp dissolved in 1/4 cup boiling water)
1 lemon juice 1 1/2 oz

method:(in order)
1. Beat the milk with castor sugar until fluffy
2. Cream the cheese until smooth
3. Disolve gelatine in warm water.
4. Then mix cheese, lemon & gelatine and fold the mixture.


For the Crust:
8 ozs or 6 ozs of digestive biscuits - crashed
4 1/2 oz melted butter (anggaran 3/4 butter)
Butter pie dish



-Fadilah's recipe(aruah mak ngah)

Masak Lemak Nenas


Nenas
Santan
Bawang Kecil + Cili padi ditumbuk halus (cili merah pun boleh)
Sedikit Serbuk Kunyit + Garam
Udang hidup
Air (sedikit sahaja coz air nenas akan keluar)
1 Batang Serai

~masuk semua skali... dan kacau selalu sehingga masak.


easy!

Monday, 22 September 2008

Macaroni Tomato



1 kotak macaroni
1 lb daging lembu(dikisar halus)
6 sudu minyak makan
1 tin kecil tomato puri
5 sudu makan tomato sos
20 ulas bawang merah(dihiris dan digoreng)
sedikit daun sadri dan daun bawang

bahan untuk digiling:
15 ulas bawang merah
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada putih
5 ulas bawang putih
1 inci halia,
sedikit buah pelaga, garam serta serbuk perasa.


cara:

Daging digaulkan dgn rempah yg sudah digiling. Celur macaroni.Panaskan kuali, tuangkan minyak, tumiskan rempah yang sudah digaul dengan daging, sudah agak empuk, masukkan bahan-bahan yang lain, akhir sekali masukan macaroni yang sudah ditoskan, kacau rata hingga masak.
Bila menghidangkan macaroni , taburlaaaa dgn hirisan daun sadri, daun bawang dan bawang goreng banyak!!

Sup Macaroni


Bahan:
1/2 kati daging lembu(atau ayam)
3 butir bawang besar
1 kotak macaroni
1 bungkus carrot dan kacang peas
2 biji tomato
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan lada putih
1 inci halia
4 ulas bawang putih
sedikit buah pelaga, kayu manis, garam serta serbuk perasa

Cara:

Bersihkan daging , dipotong kecil-kecil dan rebus di dalam periuk.
Ketumbar, jintan, bawang putih, halia dan bawang besar digiling halus, kemudian ditumis. Bila sidah berbau harum masukan ke dalam daging dan dan biarkan mendidih. Masukan lada putih, bunga cengkeh dan kayu manis.
cuci macaroni, masukkan ke dalam rebusan tadi, bila sudah agak lembut masukkan tomato yg sudah dibelah-belah, masukkan sedikit serbuk perasa, cuka dan garam, biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.
menghidang:dgn hirisan daun bawang, daun saderi dan bawang goreng. nk pedas wat la cili potong (letak kicap with perahan limau);P

Chicken Pie





Bahan-bahan ( ~dapat 8 biji pie kecil.. )

pastry:
• -150gram butter
• -250gram tepung gandum
• -1 sudu kecil gula
• -1 kuning telor
• -secubit garam


inti:
• ~1 bijik bwg bsr dicincang
• ~1 cwn kentang yg dipotong dadu
• ~1 cwn mix vegetable
• ~cendawan butang dihiris
• ~2 keping dada ayam diptg kecil
• ~minyak
• ~1\2 cawan air.
• ~1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
• ~1 sudu bsr gula & sos tiram
• ~garam dan lada sulah


Cara-cara
1. pastry: ~gaul dgn tgn sume bhn2 pastry sehingga jadi mcm breadcrumbs. ~masukkan sedikit air sejuk sehingga doh menjadi lembut. inti: ~goreng kentang sehingga berwarna keemasan..set aside. ~panaskn 2 sudu minyak..tumis bwg besar kemudian masukkn mix vegetable..cendawan..ayam dan kentang yg telah digoreng td.. ~masukkan air..sos tiram..gula..garam & lada sulah. ~akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti menjadi pekat. ~sejukkan inti.
2. ~roll out doh dan potong mengikut acuan pie.. ~letakkan inti kedalamnya dan ditutup dgn kepingan doh.. ~atas pie dicucuk dgn garfu dan disapu dgn kuning telor.. ~bakar ke dlm oven 180celcius selame 25-30 minit. ~lebihan doh boleh digunakan untuk menghias pie..


Selamat mencuba.. :)






-resepi Kak Suhaila

Kerabu Tauge


Bahan-bahan

sebungkus tauge yang telah dicelur
3 biji cili merah
udang kering
tafu dipotong halus
bawang besar
limau nipis
garam
gula


gaul kesemua bahan-bahan ni >> bawang besar yang telah dipotong halus, tauge, 3 biji cili merah yang telah diblend/ditumbung dengan udang kering, tafu, perahan limau nipis, garam dan gula secukup rasa.

so easy!