Saturday, 26 March 2011

Nasi Lamuni

Daun Lamuni(diblan dengan air sampai lumut)
beras yang telah dibasuh
Halia 2 inci
bawang putih 5 biji
santan sedikit
serai sebatang

resipi mama

Udang Masak Kunyit

Udang dibuang muka, misai dan tahi
daun kucai sedikit
cili kering
bawang besar
bawang putih
kunyit dan garam(digaul bersama udang)
cili hidup (merah)

resipi mama

Kuah Kacang

1.Kacang Tanah 1/2 kg
2. 1 biji kalapa (diparut sendiri)
3. cili boh (dibuat sendiri)
4. bawang merah 20 biji
5. bawang putih 2 ulas
6. kunyit 1/4 inci
7. belacan sikit hujung jari
8. gula melaka
9. serai sedikit
10. minyak masak

panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan kunyit yang telah ditumbuk sampai lumut.
seterusnya masukan cili boh kedalam sampai cili tersebut garing
masukan kacang tanah yang telah direndam dengan santan selama sejam.
gaul sehingga naik minyak
akhir sekali masukkan belacan sedikit, gula melaka dan serai sebatang.

resipi abah kak habibaty

Homemade Body Scrub

Resipi ni nenek serahkan pada fae, katanya sebelum kahwin amalkan scrub ni 2 kali seminggu
kalau malas pun sehari sebelum kahwin. Ikutkan pengalaman, scrub homemade n beli scrub kat luar tu lebih kurang sama je result dia. Kalau nak budget2 tu, cuba la scrub ni memang mujarab untuk melembutkan kulit kita, tp kenala sental habis2, kebaikkannya ia dapat membuang sel2 kulit mati, melicinkan kulit(memang confirm), menghaluskan kulit dan kulit tampak lebih cerah or glowing(nampak sihat). insaAllah.

1 cawan beras pulut
7 biji asam jawa

cara2 :
beras pulut dibasuh 2-3 kali tos
toskan airnya
kalau rajin jemurkan beras tu terlebih dahulu sehingga kering, tp kalau nak cepat, masukkan beras tadi terus ke dalam kuali dan gaul sehingga warnanya bertukar perang keemasan.
(proses gaul memakan masa 20 - 30 minit)
setelah siap, blenkan beras ni sampai hancur betul2
letakkan dalam bekas kering yang tertutup

cara mengguna,
bacuhkan air dan asam jawa dan ambil airnya sahaja dan gaulkan air tersebut dgn 4 sudu beras tadi.

selamat mencuba :)

resipi nenek

Cekodok bilis

Tepung gandum
kunyit (1/2 sudu kecil)
garam(1 sudu kecil)
tepung beras 1 sudu kecil
daun kucai
bawang besar ptong kecil2
bilis segengggam hancur/gunting kecil2
udang kering sedikit tumbuk sampai hancur
air

petua: bacuh tepung dgn air panas utk lebih garing

Sup Sayur Terengganu

1. Udang/Sotong (1/2 kg)
2. Serai 6 batang
3. Lengkuas 1/2 batang
4. bawang putih 5 ulas
5. bawang merah 10 ulas
6. Lada Jarum (cili padi) 15 biji
(3-6 diblen sekali)
7. belacan
8. Daun Limau purut
9. Bunga kobis
10. Sawi

Resipi abah kak habibaty

Tom Yam Terengganu

Resipi ni memang betul-betul dapat terus dari tuannya..bukan dari kak bie herself.
abah kak bie memang seronok nak share resipi2 dia kat fae..n fae pulak memang suka ambil resipi2 org2 lama2.

1. Ayam/Sotong/Udang
2. Serai 6 batang
3. Tomato (buah ) 3 biji
4. Bawang besar (jenis:kulit oren)
5. Bunga kobis
6. Lobak merah
7. Cendawan
8. Bawang Putih 5 ulas
9. Lada Jarum
10. Asam Limau
11. Daun Limau Purut
12. Rempah Tom yam

- resipi abah kak habibaty (wife abang mazlan)

Wednesday, 16 March 2011

Puding roti berkuah

10 keping roti
2 tin susu cair
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu teh vanila
100 gm kismis
2 sudu mentega/butter


cara-cara:
1. potong roti kecil2, letak dalam mangkuk pembakar.
2. satukan telur, gula dan esen vanila, kacau hingga rata. tuang susu cair kedalam adunan telur dan kacau hingga gula larut.
3. masukkan butter kedalam mangkuk yang berisi roti. Ratakan butter atas roti dgn sudu.
4. Tabur kismis dan tuang susu atas roti sampai roti tenggelam dan rata. Bakar dalam oven 150c selama 30-40 minit.
5. Hidangkan dengan sos kastard dan buah2an koktails.


Resipi Sos Kastard
--------------------
2 cawan susu cair/fresh milk
1 sudu makan tepung kastard/jagung(dibancuh dengan sedikit air)
2 sudu makan gula
vanila

cara-cara:
satukan semua bahan dalam periuk dengan api yang perlahan kacau hingga kuah pekat.


Resipi Kak Habibaty~