Resipi ni nenek serahkan pada fae, katanya sebelum kahwin amalkan scrub ni 2 kali seminggu
kalau malas pun sehari sebelum kahwin. Ikutkan pengalaman, scrub homemade n beli scrub kat luar tu lebih kurang sama je result dia. Kalau nak budget2 tu, cuba la scrub ni memang mujarab untuk melembutkan kulit kita, tp kenala sental habis2, kebaikkannya ia dapat membuang sel2 kulit mati, melicinkan kulit(memang confirm), menghaluskan kulit dan kulit tampak lebih cerah or glowing(nampak sihat). insaAllah.
1 cawan beras pulut
7 biji asam jawa
cara2 :
beras pulut dibasuh 2-3 kali tos
toskan airnya
kalau rajin jemurkan beras tu terlebih dahulu sehingga kering, tp kalau nak cepat, masukkan beras tadi terus ke dalam kuali dan gaul sehingga warnanya bertukar perang keemasan.
(proses gaul memakan masa 20 - 30 minit)
setelah siap, blenkan beras ni sampai hancur betul2
letakkan dalam bekas kering yang tertutup
cara mengguna,
bacuhkan air dan asam jawa dan ambil airnya sahaja dan gaulkan air tersebut dgn 4 sudu beras tadi.
selamat mencuba :)
resipi nenek
No comments:
Post a Comment