30oz tepung gandum (850gm)
16oz minyak sapi (450gm)
16oz icing sugar (450gm)
4 sudu teh baking powder
Sedikit essence vanilla
Penily
Minyak sapi itu hendaklah dipanaskan.
Ingatan: biskut ini apabila sudah dibentuk aturlah dalam acuan diamkan dahulu kira-kira satu jam barulah dibakar, jangan api terlalu kuat, biskut akan merekah, biar apinya sederhana sahaja.
Bentukkan adunan jadi bebola, dan belah dua.
Bakar 125 darjah celcius, 25 minit. Atau check tapak bawah biskut jadi keperangan sedikit.
-resipi nenek singapore.
1 kati kacang tanah (600gm)
1 kati tepung gandum
450gm icing sugar
Minyak mazola ikut basah
Cara membuatnya:
Kacang tanah digoreng, dibuang kulit dan dikisar tapi jangan sampai halus.
Gaulkaan pula pada gula dan tepung itu sampai mesra dibancuh dengan minyak ikut basah dan jangan terlampau basah.
Kemudian diuli (dilapik dengan pastik putih supaya tidak melekat pada kayu penguli) dan ditekap ikut acuan sukaan,
Untuk cantik, sapu permukaan dengan telur kuning.
Bakar selama 160 darjah celcius , 25 minit. Atau check tapak bawah biskut jadi keperangan sedikit.
-resepi mama Jahara Sahar Ariffin.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Biscuits Makmur
Bahagian luar:
½ cawan tepung ubi
5 cawan tepung gandum
2 cawan gula icing
3 biji telur merah
1 ½ cawan tepung jagung
2 cawan mentega (about 450gm – 1 ¾ cube)
Bahagian dalam(inti):
1 kati kacang tanah goreng dikisar halus kacau bersama sedikit gula halus (castor sugar) kepal kecil-kecil untuk intinya. (pastikan sesedap rasa inti dia, lagi banyak gula lagi senang nk kepal)
Cara:
Gaulkan semua tepung, gula,masukkan telur kuning dan gaul sampai rata disemua bahagian dan akhir skali masukkan mentega dan gaulkan sama rata sampai boleh kepal.
Cara membuat – Buat bulat-bulat bentuk bujur comel-comel, saiz 20 sen.seperti biasa diluar dikepit utk cantik.
Bakar selama 160 darjah celcius selama 25 minit. Atau check tapak bawah biskut jadi keperangan sedikit.
- resipi aruah maktok penang.
+++++++++++++++++++++++++
Biskut Chocolate Chips
1 cawan (8ozs) (Amarican Standard) ’spry’ (vegetable shortening)
½ cawan (4ozs) butter/margerin
1 1/3 cawan (10ozs)gula icing
1 cawan gula perang
4 biji telur
1 sudu besar vanilla
1 sudu kecil air limau nipis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
½ cawan quaker oats
3 cawan tepung gandum
2 packet chocolate chips (real semi sweet chocolate chips HERSHEY’S)
Net Wt. 6ozs. 170.1g per packet
2 cawan kacang( ditumbuk)
Cara:
Pukul ‘spry’, butter, gula, gula perang hingga lembut. Masuk telur, vanilla, dan air limau (dalam bowl plastic).
Dalam bekas lain, gaulkan rata-rata baking powder, garam, kayu manis, oats dan tepung.
Kemudian campurkan kedua-dua adunan.
Sudukan dan bakar 190 darjah celcius
Rupa seperti Famous Amos Choc Chips Biscuits.
-resipi Aunty Norliayani (Mac 1987)
No comments:
Post a Comment